Koperasi Usahawan Ilmu Prihatin Rakyat Malaysia Berhad
Memandaikan Umat dengan Ilmu
Usahailmu ialah sebuah koperasi bertujuan komuniti yang berteraskan ilmu dan pengetahuan, menolak taqlid buta, serta membina persaudaraan yang kukuh dan sokongan ekonomi bersama.
Saya berhajat mengumpulkan komuniti yang saling bantu antara satu sama lain - yang sentiasa mengejar ilmu dan mempertingkatkan kualitinya
Syihabudin Ahmad
Pengerusi
Apakah itu Koperasi ?
Secara asasnya, sebuah koperasi ialah satu pertubuhan yang dianggotai secara sukarela dengan satu pembayaran pendaftaran dan bayaran syer minima yang ditetapkan, bagi memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan budaya yanng sama antara mereka.
Menjayakan inspirasi dengan kawalan secara bersama-sama kerana ia adalah hak bersama. Daripada sudut undang-undang, koperasi dilindungi oleh Akta Koperasi 1993.


Mengapa Memilih Jalan Ini ?
Kita disuruh untuk menuntut ilmu. Tetapi sukar mencari guru yang membimbing kepada kebenaran. Guru yang merapu, cakap ikut sedap dan tak amanah dengan ilmu pula semakin ramai.
Oleh itu, satu kumpulan yang mahu menjayakan projek memandaikan umat dengan ilmu perlu wujud - dan kita perlu menyertainya.
Jangan hanya tahu dunia akan kiamat - tetapi kena tahu juga, apa yang kita sudah siapkan untuk menghadapi kematian yang sering hadir sebelum kiamat.
Halatuju Keilmuan
Koperasi akan menjayakan
Keilmuan Berkualiti
Membina satu komuniti yang mementingkan ilmu dan pengetahuan serta menjauhi taqlid buta.
Persaudaraan & Ekonomi
Membina suatu komuniti yang kukuh daripada sudut persaudaraan dan ekonomi.
Bantuan Kebajikan
Setiap anggota adalah keluarga besar koperasi. Isu kebajikan, pendidikan dan kesihatan adalah satu keutamaan.