Bantuan Banjir 2021

Bantuan Banjir 2021

17 Disember 2021, tiada orang yang akan menyangka bahawa hujan yang mula-mula turun seperti biasa, akhirnya berubah menjadi dugaan terbesar buat penduduk Lembah Klang. 

 

Melihat rumah dipenuhi air sehingga terpaksa naik ke bumbung. Memanggil-manggil orang sekitar dan berharap ada yang mampu membantu adalah detik-detik cemas yang pasti tidak akan dilupakan seumur hidup!

Pun begitu, ayah dan ibu lebih terfikirkan nasib anak-anak yang akan masuk sekolah dalam 2-3 minggu lagi.

Baju, kasut dan semua peralatan sekolah habis rosak – padahal, tahun 2022, ada 2 sesi persekolah. 

1- Menyambung pengajian 2021 sehingga bulan Mac 2022. 

2- Sesi Pengajian baru pada Mac 2022. 

Apa pun terjadi, ayah dan ibu pasti mahu memastikan anak-anak masuk sekolah dengan kelengkapan yang sempurna. Kerana, tiada yang lebih penting berbanding PENDIDIKAN!

Jom kita bantu!

Derma Bantuan Kewangan Banjir 2021

Dahulu, kita juga pernah hadapi kesukaran yang sama.

Kita juga ada anak atau adik yang sedang bersekolah. Kita mahu mereka terus bersekolah dan mendapatkan keilmuan dengan sempurna. Kerana inilah masa mereka menuntut ilmu. 

Kita Tak Akan Biarkan mereka!

Jom kita bantu!

Derma Bantuan Kewangan Banjir 2021

Koperasi Usahawan Ilmu Prihatin Rakyat Malaysia Berhad yang dipengerusikan oleh Syihabudin Ahmad akan menyalurkan bantuan kewangan bagi tujuan persekolahan untuk mangsa-mangsa banjir 2021 di Lembah Klang. 

Kami mahu, Projek Memandaikan Umat dengan Ilmu berjalan lancar.

Sumbangan dana kewangan ini akan diberikan terus kepada mangsa-mangsa banjir pada awal tahun 2022. Oleh itu, ia dibuka bermula 21/12/2021 sehingga 31/12/2021.

Jom kita bantu!

Derma Bantuan Kewangan Banjir 2021
Days
Hours
Minutes
Seconds
Maaf, sumbangan dana kewangan sudah DITUTUP!
Terima Kasih!

Atas sokongan Anda!

Allah berfirman:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 265)

Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *